PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan digesa mewujudkan ekosistem yang dapat melonjakkan penglibatan Bumiputera Sarawak dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata bagi tujuan itu, dasar yang lebih holistik, pragmatik dan kerangka kawal selia perlu diwujudkan dan pentadbiran serta pengurusan perlu dipermudahkan.
"Ini termasuklah untuk memudahkan dan menyelaras segala bentuk bantuan, memudahkan pengurusan perniagaan dan mengurangkan karenah birokrasi serta desentralisasi kelulusan permohonan pembiayaan," katanya yang mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Beliau juga menyeru insentif khas seperti modal teroka (venture capital) dibentuk untuk diuruskan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) bagi membangunkan ekonomi tempatan.
Katanya insentif pinjaman mudah, subsidi, jaminan pinjaman dan geran juga patut disediakan khususnya bagi usahawan yang baharu menceburi perniagaan, selain membantu dalam penyediaan premis-premis perniagaan, latihan dan kemahiran dan akses pemasaran.
"Ini akan membantu usahawan Bumiputera Sarawak menembusi pasaran yang lebih luas dan berupaya memenuhi syarat-syarat dan peraturan seperti Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Pensijilan Halal ," katanya.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menegaskan dasar juga perlu digubal terutamanya membabitkan beberapa komponen projek-projek besar dan dibiayai kerajaan Persekutuan dapat di "Carve Out and Compete" dalam kalangan kontraktor-kontraktor Bumiputera Sarawak bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah pelaksanaan.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menekankan dasar hala tuju Sabah adalah untuk memperkasakan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan di negeri itu.
Katanya ia senada dengan tiga ikhtiar yang disyorkan pada KEB 2024 bagi melonjakkan ekonomi Bumiputera dengan mewujudkan perbadanan tanah Bumiputera, mewujudkan wakaf pendidikan, kesihatan dan kebajikan, dan mengindustrikan pertanian.
Bagaimanapun, beliau mengakui faktor geografi merupakan salah satu halangan yang menyumbang kepada melambatkan proses pembangunan di negeri itu.
"Ia bukan saja menghambat pertumbuhan ekonomi dan melewatkan proses pembangunan, tetapi juga membatasi aktiviti ekonomi serta sosial masyarakat Bumiputera, terutama di pedalaman," katanya.
Beliau berkata pembangunan rangkaian infrastruktur juga penting terutamanya dalam meningkatkan perhubungan antara kawasan pedalaman dan pusat bandar.
Jelasnya, pembangunan infra ini bukan sahaja menyokong ekonomi akar umbi Bumiputera di Sabah, tetapi juga meletakkan asas kepada model pembangunan yang lebih inklusif dan mampan untuk komuniti itu.
"Justeru, saya percaya dengan memperkasakan ekonomi Bumiputera di Sabah melalui penyediaan latihan, pendidikan berkualiti, peningkatan literasi digital dan kewangan, serta melengkapi kemahiran yang diperlukan, di samping kemudahan infrastruktur sebagai keperluan asas, akan membolehkan mereka mampu untuk bersaing di peringkat nasional kalau pun tidak di pentas global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Amar Awang Tengah berkata bagi tujuan itu, dasar yang lebih holistik, pragmatik dan kerangka kawal selia perlu diwujudkan dan pentadbiran serta pengurusan perlu dipermudahkan. - Gambar Bernama
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Pemberian sebagai cenderahati perluas pasaran, angkat martabat kraf tempatan
Pengusaha kraf menyifatkan langkah kerajaan sebagai membantu memperluaskan pasaran produk dan meningkatkan martabat kraf.
Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua keputusan dan resolusi yang dibentang kluster dan kumpulan ini dikumpulkan oleh urus setia.
KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera
KEB menjadi platform pelbagai pihak dari latar belakang berbeza berkongsi pandangan dan idea berhubung permasalahan kaum bumiputera.
Kerajaan Persekutuan perlu wujudkan ekosistem, lonjak ekonomi bumiputera di Sarawak dan Sabah
Kerajaan Persekutuan digesa mewujudkan ekosistem yang dapat melonjakkan penglibatan Bumiputera Sarawak dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.