awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan

Bernama
Bernama
25/02/2025
05:15 MYT
Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Zaliha berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan berhubung isu pelancongan dan ekonomi Labuan dan Sabah dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor di pejabatnya di Kota Kinabalu pada Isnin. - Gambar Bernama
LABUAN: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan berhubung isu pelancongan dan ekonomi Labuan dan Sabah dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di pejabatnya di Kota Kinabalu pada Isnin.
"Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Kerajaan Negeri Sabah bersetuju bahawa penganjuran acara peringkat antarabangsa akan menarik lebih ramai pengunjung dan mengukuhkan industri pelancongan di wilayah itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah JWP, Datuk Noridah Abdul Rahim; Pengerusi Perbadanan Labuan (LC), Tan Sri Anifah Aman; Ketua Pegawai Eksekutif LC, Mohd Sukuran Taib dan pegawai JWP lain.
Zaliha berkata, beliau turut memberikan taklimat kepada Hajiji mengenai acara pelancongan penting yang bakal diadakan, termasuk Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) pada April 2025 dan Festival Flora Borneo pada Julai 2025, kedua-duanya dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung.
"Kesemua acara ini menyasar untuk menjana aktiviti ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang baharu bagi usahawan dan pemain pelancongan di Labuan dan Sabah," katanya.
Katanya, perbincangan turut membabitkan projek Jambatan Labuan-Menumbok yang dijangka meningkatkan kebolehcapaian dan integrasi ekonomi antara Labuan dan Sabah.
"Lawatan ini adalah sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk menjadikan Labuan lebih kompetitif dan mampan sebagai hub ekonomi," katanya.
Selain itu, Zaliha berkata, JWP akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif ekonomi dan pelancongan bagi faedah rakyat dan kemakmuran Wilayah Persekutuan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Kerajaan Sabah
#kerjasama pelancongan
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan