awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang perkenal Kad Siswa Rahmah - Salahuddin

Bernama
Bernama
17/06/2023
07:42 MYT
Kerajaan pertimbang perkenal Kad Siswa Rahmah - Salahuddin
Salahuddin berucap pada program sesi Townhall bersama Menteri KPDN 'Mahasiswa dan Perubahan' di Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Seri Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
PARIT: Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula kad diskaun kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.
"Ini kerana ia berada di luar bidang kuasa saya tetapi idea itu boleh dipanjangkan sepertimana banyak program Rahmah dilaksanakan untuk siswa seperti menu makanan berharga di bawah RM5.
"Program-program ini diadakan untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan di universiti, malah ada 'food bank' untuk mereka yang memerlukan mendapatkan barangan tertentu secara percuma," katanya pada sidang media Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri KPDN Bersama Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar di sini hari ini.
Sebelum ini, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) direka untuk berfungsi sebagai kad debit, ATM dan diskaun hingga 60 peratus untuk pelbagai produk bagi penuntut IPT.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di kesemua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara bergilir-gilir bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kad Diskaun Siswa
#Salahuddin Ayub
#Kementerian Kewangan
#program Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan