BERA: Kerajaan sedia memberi pertimbangan sewajarnya termasuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 (Bajet 2023) yang dijangka dibentangkan Oktober nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana KKM merupakan antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat.
"Baru-baru ini sewaktu mesyuarat penyelarasan projek-projek pembangunan di bawah RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), saya dimaklumkan bahawa KKM perlu dibantu dalam bajet yang akan datang.
"Saya ingat lagi YB KJ (Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin) angkat tangan minta (naikkan peruntukan) lima peratus daripada GDP (KDNK). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.
"Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancang Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan bajet (yang dibentangkan) tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya pada majlis perasmian Hospital Bera di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau memahami keperluan KKM mendapatkan peruntukan yang tinggi kerana Malaysia akan menjadi negara tua pada 2040, sekali gus berhadapan dengan perbelanjaan kesihatan yang tinggi.
Ismail Sabri berkata beliau juga menyedari bahawa negara-negara tua lain telah meningkatkan bajet kesihatan masing-masing, kerana terdapat pertambahan kemasukan warga tua di hospital.
Katanya pembinaan Hospital Bera juga menjadi bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam membangun serta menyediakan kemudahan kesihatan, bagi Keluarga Malaysia menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti.
"Saya sempat meninjau perkembangan pembinaan hospital ini pada Oktober tahun lalu yang ketika itu sudah siap 98 peratus, selepas terbengkalai sejak sekian lama akibat kegagalan kontraktor.
"Alhamdulillah, akhirnya hospital yang mula dibina pada 2010 berjaya juga disiapkan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan pihak berkepentingan yang lain, kerana bekerjasama merealisasikan pembinaan Hospital Bera ini," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang menjadi tulang belakang penting dalam merealisasikan pembinaan Hospital Bera.
"Almarhum Tuanku yang bertanggungjawab menjadikan hospital ini hari ini. Pada waktu itu saya Ahli Parlimen Bera ada beritahu Tuanku, anak-anak Bera ramai menjadi anak seperti negeri lain seperti Negeri Sembilan kerana duduk bersempadan dan ada hospital paling dekat.
"Almarhum Tuanku kata saya selesaikan perkara ini dan dalam masa tak sampai dua bulan Almarhum 'call' saya, beritahu Almarhum jumpa (Tan Sri) Dr Chua Soi Lek (bekas Menteri Kesihatan) dan akhirnya inilah sumbangan Almarhum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat, kiri) mengadakan lawatan ke wad kanak-kanak selepas merasmikan Hospital Daerah Bera hari ini. - Foto BERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.