awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM

Bernama
Bernama
20/12/2020
21:34 MYT
Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Mohd Redzuan berkata, pembelian aset-aset berkenaan amat diperlukan pasukan penyelamat berkenaan. -Bernama
ALOR GAJAH:Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan, kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pembelian aset-aset berkenaan amat diperlukan pasukan penyelamat berkenaan, terutama bagi menggantikan kenderaan yang telah rosak dan kurang keupayaan mekanikal untuk menjalankan tugas.
"Ia penting terutama ketika menjalankan tugas-tugas menyelamat dan memindahkan mangsa, terutama ketika musim banjir yang melanda pada setiap hujung tahun.
"Saya juga telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi pembelian 15 pacuan roda dan ia akan diagihkan kepada APM pada Januari depan bagi tujuan menyelamat, terutama ketika musim tengkujuh yang dijangka berakhir pada Mac depan," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan kit makanan kepada 30 penghantar makanan Foodpanda di Parlimen Alor Gajah di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata walaupun terdapat keperluan untuk penambahbaikan aset-aset bagi kegunaan APM, namun dalam masa yang sama pihaknya tetap cermat ketika berbelanja dengan melihat kepada kedudukan fiskal negara.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata beliau akan melancarkan satu program yang menyasarkan kira-kira 200 anak muda untuk dijadikan ejen penghantar pelbagai barangan menggunakan motosikal di Parlimen Alor Gajah, pada tahun depan.
Beliau berkata di bawah program berkenaan, peserta akan diberikan motosikal setiap seorang untuk menjadi ejen penghantar pelbagai barangan, dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan tersebut dalam mendepani cabaran norma baharu kehidupan akibat pandemik COVID-19.
"Contohnya buat permulaan, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Alor Gajah kita beri lima buah motosikal sebagai permulaan, lepas itu kita tambah lagi.
"Kita tengok kepada minat golongan belia ini untuk menambah pendapatan mereka. Jika permintaan meningkat kita akan tambah lagi (jumlah motosikal untuk diberikan kepada mereka). Inilah antara pendekatan yang kita bawa untuk sedarkan masyarakat bahawa kerajaan amat-amat memahami keadaan di luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#peruntukan
#RM20 juta
#pacuan empat roda
#kenderaan
#angkatan pertahanan awam
#menteri
#Mohd Redzuan Md Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan