awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek

Bernama
Bernama
24/11/2024
13:15 MYT
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 sempena Program Dua Tahun Madani (2TM). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Ringkasan AI
  • Kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk melaksanakan 500 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) pada 2025.
  • Ketua Setiausaha Negara menyeru kementerian, agensi, dan kerajaan negeri mendaftar projek RKB baharu untuk 2025.
  • Sebanyak 200 projek RKB sedang dilaksanakan pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kementerian, agensi, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan untuk berusaha mendaftar dan melaksanakan projek RKB baharu bagi 2025.
"Tahun ini, sebanyak 200 projek RKB telah dan sedang dilaksanakan. Untuk memastikan impak yang lebih besar dan menyeluruh, saya menetapkan sasaran 500 projek RKB bagi 2025.
"Sasaran ini bukan sekadar angka tetapi simbol komitmen kita untuk mempercepat transformasi sektor awam, memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat dan mendukung agenda pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata menerusi kewujudan sistem pemantauan dan peningkatan berterusan seperti RKB, perkhidmatan awam dapat berfungsi sebagai pemangkin kepada produktiviti sektor awam dan swasta, serta secara keseluruhannya kepada negara dan daya saing ekonomi.
Selain itu, beliau berkata usaha menarik dan memudah cara pelaburan dan aktiviti ekonomi adalah tanggungjawab penjawat awam dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran yang ada, dengan mengemukakan idea baharu bagi merebut peluang dalam bidang tujahan terkini seperti kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan teknologi kewangan.
Shamsul Azri berkata beliau juga memohon Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur untuk mengeluarkan dokumen hasil daripada konvensyen itu untuk dikongsikan dengan semua anggota perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan
#inisiatif RKB
#Reformasi Kerenah Birokrasi
#KSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan