awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pinda akta benarkan dana KWAN untuk perolehan vaksin

Bernama
Bernama
21/04/2021
15:50 MYT
Kerajaan pinda akta benarkan dana KWAN untuk perolehan vaksin
Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin.
Ini berdasarkan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa hari ini, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ordinan itu, yang dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 6, telah dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 14 April lepas menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Ia selepas Seri Paduka berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki bagi meminda akta itu.
Subseksyen baharu ini menyatakan "pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)".
Petronas merupakan penyumbang terbesar dana KWAN.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWAN
#pinda akta
#vaksin
#Kumpulan Wang Amanah Negara
#Ordinan Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan