awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PN tidak lari, akan 'buka' sidang Parlimen bila tiba masanya- Takiyuddin

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/03/2021
07:58 MYT
Kerajaan PN tidak lari, akan 'buka' sidang Parlimen bila tiba masanya- Takiyuddin
Takiyuddin ketika memberi penerangan tentang COVID-19 kepada guru-guru dan waris pada Program Malaysia Prihatin Bersama Hentikan Wabak COVID-19 di Dewan Al-Jazari, MRSM Pendang hari ini. - Foto BERNAMA
PENDANG: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah lari daripada untuk membuka sidang Parlimen sebaliknya persidangan akan berjalan semula sebaik sahaja darurat ditamatkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengakui bahawa Parlimen juga merupakan satu elemen penting dalam proses demokrasi sesebuah negara.
Namun ketika ini katanya, terdapat pilihan lain dalam membuat ketetapan dari segi undang-undang iaitu melalui Ordinan Darurat yang telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong..
"Ordinan ini adalah sama sahaja dia punya kesan dengan akta yang dibuat di Parlimen, jadi selepas habis darurat kita adalah sidang Parlimen, kita tidak lari pun, lagipun darurat hanya enam bulan 20 hari sahaja, dia tidak melebihi daripada sebelum ini dua tahun, jadi bila habis darurat, Parlimen (akan kembali bersidang)," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Malaysia Prihatin peringkat Parlimen Pendang di Dewan MRSM Pendang pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan agar mana-mana pihak termasuk dari wakil kerajaan, pembangkang mahupun mana-mana NGO, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab khususnya melibatkan Proklamasi Darurat dan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Yang di-Pertuan Agong
#COVID-19
#undang-undang
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pembangkang
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Nasional
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan