awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pulau Pinang dipersoal enggan ambil JKR kaji jalan

Bernama
Bernama
28/06/2017
00:37 MYT
Kerajaan Pulau Pinang dipersoal enggan ambil JKR kaji jalan
Zainal turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membuat pembayaran penuh sedangkan masih banyak perkara berkaitanprojek terbabit belum siap.
UMNO Pulau Pinang pada Selasa mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang sanggup membayar RM209 juta kepada firma luar daripada bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat kajian pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut.
Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan DAP bahawa tiada pakar tempatan yang boleh melakukan kajian itu adalah tidak masuk akal memandangkan JKR bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis kepakaran tetapi juga telah membina jalan raya di negara ini tanpa masalah.
"Akibat bersikap sombong, kerajaan negeri terpaksa melantik perunding untuk melakukan kajian bagi pembinaan ketiga-tiga jalan pada kadar yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Nibong Tebal dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh di Permatang Keling, di sini pada Selasa.
Zainal yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membuat pembayaran penuh sedangkan masih banyak perkara berkaitanprojek terbabit belum siap.
"Kerajaan negeri harus berikan penjelasan kerana Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar sedang dijalankan dan belum diluluskan manakala bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#JKR
#sungai acheh
#UMNO
#UMNO Nibong Tebal
#Zainal Abidin Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan