KUALA LUMPUR:Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama bagi memastikan kebajikan mangsa banjir tidak hanya terbatas dari segi penyediaan bekalan keperluan harian semasa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata sebaliknya, usaha itu perlu diteruskan sehingga satu tempoh yang sesuai selepas mereka pulang ke rumah masing-masing.
"Hal sama turut melibatkan aspek lain seperti membaik pulih kediaman mereka yang rosak dan langkah ini untuk memastikan mangsa tidak terus berada dalam keadaan trauma akibat musibah," katanya menerusi catatan di laman Facebook.
Muhyiddin yang hari ini meninjau keadaan banjir selain menyantuni mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh di Temerloh dan SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Maran berkata pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah diminta untuk segera menumpukan usaha membaik pulih infrastruktur yang rosak teruk akibat banjir seperti jalan raya, masjid dan sekolah.
Katanya beliau bertemu mangsa banjir termasuk warga emas yang berlindung di PPS untuk bertanyakan keadaan kesihatan mereka dan memastikan kebajikan mereka terjaga.
"Alhamdulillah mereka baik-baik sahaja, malah ada yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan PPS dengan kemudahan memuaskan di samping petugas yang sentiasa memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan pengurusan PPS dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) supaya menyediakan dua khemah kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada enam orang bagi menjamin keselesaan kepada mereka sepanjang berada di pusat penempatan itu.
Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar semua mangsa banjir seluruh negara terhindar daripada sebarang penyakit dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan sihat.
Lawatan Muhyiddin turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim serta pegawai kanan agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021
Muhyiddin hari ini meninjau keadaan banjir selain menyantuni mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh di Temerloh dan SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Maran. - Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.