Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mewakili kerajaan persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang mewakili kerajaan Selangor manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Suhaimi Kamaralzaman.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah anggota kabinet persekutuan termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, empat Exco kerajaan negeri Selangor serta pegawai kanan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor.
Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Ongkili berkata kerajaan "Ini akan dilakukan melalui kaedah yang dapat menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor mencapai hasrat untuk menguruskan air secara holistik," katanya pada majlis menandatangani Perjanjian Utama itu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini.
Ongkili berkata kerajaan persekutuan juga komited untuk menjadi pemudah cara bagi pengambilan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd (SPLASH) oleh Air Selangor Sdn Bhd.
Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) akan terus dipantau melalui Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Projek LRAL2 yang dipengerusikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Menteri Besar Selangor, katanya.
Katanya semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan persetujuan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan lancar dengan mengetepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan dan kebajikan rakyat.
Meskipun proses itu mengambil masa yang panjang sehingga kira-kira 15 bulan, namun kedua-dua pihak tetap komited dan percaya bahawa pertimbangan persekutuan yakin satu transformasi menyeluruh dapat dilaksanakan oleh Air Selangor Sdn Bhd yang akan menjadi nadi kepada perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mewujudkan industri perkhidmatan air yang efisien, berdaya maju dan mampan.
"Kami telah menggunakan setiap prinsip standard bagi ketelusan, profesionalisme dalam semua perbincangan. Saya cukup yakin prinsip-prinsip dan ketetapan, yang akhirnya dapat diharungi, seperti mana terkandung dalam perjanjian utama ini," kata Ongkili.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor telah menandatangani dua perjanjian iaitu Memorandum Persefahaman (Mou) pada 26 Februari dan Perjanjian Mengenai Persefahaman (HoA) pada 1 Ogos lalu.
Perjanjian Utama itu merangkumi perkara-perkara berikut: (i) Air Selangor Sdn Bhd mengambil alih tiga buah syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak
Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) menyediakan peruntukan sebanyak RM1.68 bilion bagi memudah cara pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi iaitu SYABAS, PNSB dan ABASS oleh Air Selangor Sdn Bhd selaras dengan MoU dan HoA Air Selangor.
Sebagai balasan, kerajaan negeri Selangor akan memindah milik aset-aset air kepada PAAB secara pegangan pajakan selama 45 tahun dengan jumlah peruntukan yang sama.
PAAB akan mengambil alih liabiliti syarikat-syarikat konsesi dan pinjaman kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor, SYABAS dan PNSB yang dianggarkan berjumlah RM7.45 bilion. Sebagai balasannya, kerajaan negeri Selangor akan memindah milik aset-aset air kepada PAAB dengan jumlah yang sama secara pegangan pajakan selama 45 tahun.
PAAB akan memajakkan aset-aset air yang telah diambil alih kepada Pengurusan Air Selangor yang akan membayar sewa pajakan kepada PAAB pada kadar yang akan dirundingkan oleh kedua-dua pihak dan dimeterai melalui Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan.
Air Selangor Sdn Bhd akan diberikan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA (Akta 655) bagi membolehkannya menjalankan aktiviti merawat dan mengagih air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Air Selangor Sdn Bhd juga akan diberikan lesen kemudahan di bawah WSIA bagi aset-aset air Selangor yang dipindah milik kepadanya oleh kerajaan negeri Selangor.
Dengan termeterai Perjanjian Utama itu, Air Selangor Sdn Bhd yang diurus oleh sekumpulan pasukan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dan perkhidmatan air akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan mengguna pakai teknologi terkini.
Selain itu, semua aset air juga akan diletakkan di bawah Air Selangor Sdn Bhd dan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL 2).
Perjanjian Jual Beli Saham antara Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) iaitu pemegang 70 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan 100 peratus saham Puncak Niaga Sdn Bhd akan dimeterai dalam tempoh terdekat.
Ongkili turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan usaha penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air itu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri telah meminta saya menyampaikan pesanan bahawa kerajaan pusat begitu senang hati kerana kita sampai ke tahap ini dan berterima kasih kepada Abdul Khalid dan Exco kerajaan negeri Selangor yang telah memberi kepercayaan dalam usaha selesaikan pengurusan dan bekalan air," katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata Perjanjian Utama itu juga membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap lebih profesional dan efisien.
"Saya rasa kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri walaupun terdapat perbezaan konsep politik, kita boleh menguruskan negara ini dengan penuh kematangan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.
"Saya berterima kasih kepada Ongkili kerana memberikan saya kepercayaan apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.
Bernama
Fri Sep 12 2014
Perjanjian itu bermakna sebuah entiti baru akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air yang dilakukan empat syarikat konsesi. - Foto Fail
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Tanah runtuh Bukit Tunku: Bekalan air di MACA ditutup
Bekalan air di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dekat Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku ditutup susulan kejadian tanah runtuh di pintu utama premis berkenaan.
'Tolonglah, saya berhenti berniaga sementara sebab tiada air' - Peniaga
Setakat 5 petang Rabu, Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di LRA SSP1 sudah berada pada tahap 83.9 peratus.
Punca sebenar pencemaran belum diketahui - Air Selangor
Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong.
Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier
Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.
Selangor tawar RM2.55 bil untuk ambil alih Splash
Suhaimi Kamaralzaman berkata proses pengambilalihan tersebut akan mengambil masa hampir dua bulan bermula Ogos.
Saya tidak akan batalkan perjanjian air Selangor - Azmin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu.
Kerajaan pusat, Selangor meterai perjanjian utama penstrukturan industri air
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor dan W.P.Kuala Lumpur.