MALAYSIA
Kerajaan rangka strategi bangunkan industri jagung bijian tempatan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2025. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka strategi berkesan untuk membangunkan industri jagung bijian tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import komoditi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan merangka strategi membangunkan industri jagung bijian tempatan untuk kurangkan kebergantungan import.
- Mesyuarat turut bersetuju mengintegrasikan pangkalan data MyFCD dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara bagi memperkukuh kesedaran pemakanan sihat.
- Pelbagai strategi turut dibincang untuk meningkatkan kadar sara diri daging dan memastikan sektor ternakan kekal mampan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat turut bersetuju untuk mengintegrasikan pangkalan data Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
"Inisiatif ini dilihat sebagai langkah kritikal dalam memperkasakan kesedaran rakyat terhadap amalan pemakanan sihat ke arah membina masyarakat yang sihat dan produktif," katanya.
Anwar berkata mesyuarat itu antara lain meneliti pelbagai program dan strategi bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging negara, sebagai usaha memperkukuh sektor ternakan supaya kekal mampan dan berdaya saing, seterusnya menjamin keselamatan makanan negara untuk generasi masa depan.
Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami