SANDAKAN: Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Krismas peringkat negeri mulai tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, kerajaan telah memutuskan penganjuran dua perayaan itu akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti sambutan perayaan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebagai bukti kerajaan negeri sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama.
"Ini bermakna semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.
"Rumah terbuka setiap perayaan di negara ini perlu menjadi platform untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan keharmonian serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini," katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2024 peringkat Daerah Sandakan, di sini pada Ahad.
Majlis rumah terbuka itu dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan.
Hajiji berkata, sambutan pelbagai perayaan menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini dan memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.
"Sesungguhnya, semangat inilah, ditambah dengan toleransi antara kaum, adalah pengikat yang nyata untuk membawa negeri ini untuk terus maju ke hadapan.
Berdepan dengan pelbagai cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar," katanya.
Hajiji juga meminta rakyat akan bersama kerajaan negeri berganding bahu dalam menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
"Pelan ini yang dilancarkan pada tahun 2021 kini berada di landasan betul dan diharapkan dengan sokongan berterusan daripada rakyat, ekonomi negeri akan terus kukuh sekali gus akan menarik lebih ramai lagi pelabur untuk datang ke negeri ini.
"Fokus kita tidak pernah lari daripada meningkatkan pembangunan negeri dan ekonomi rakyat. Jika ini dapat diteruskan, saya yakin kita dapat melaksanakan pelbagai lagi program untuk kebaikan takyat di negeri ini pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Hajiji berkata, sambutan pelbagai perayaan menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini. - Gambar Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.