awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF tingkat unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026, 2027
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah martabatkan warisan budaya pelbagai etnik - Hajiji

Bernama
Bernama
10/08/2025
11:15 MYT
Kerajaan Sabah martabatkan warisan budaya pelbagai etnik - Hajiji
Pemeliharaan warisan budaya pelbagai etnik di Sabah menjadi keutamaan kerajaan negeri yang komited untuk mempromosi dan memartabatkan khazanah budaya tempatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
TUARAN: Pemeliharaan warisan budaya pelbagai etnik di Sabah menjadi keutamaan kerajaan negeri yang komited untuk mempromosi dan memartabatkan khazanah budaya tempatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata penganjuran Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Samah selama empat hari yang berakhir hari ini berupaya mengangkat warisan budaya negeri ke tahap lebih tinggi sekali gus menaikkan imej Sabah di persada dunia.
"Dengan 35 kumpulan etnik dan 217 subetnik dalam komuniti Sabah, masyarakat kita rencam dan benar-benar majmuk dalam konteks Malaysia. Pun begitu, rakyat Sabah kekal hidup harmoni dengan semangat perpaduan tinggi selari dengan slogan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'.
"Festival ini dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan budaya suku kaum Bajau Samah. Walaupun kita meraikan budaya Bajau Samah, kepelbagaian etnik lain turut menjadi asas keharmonian negeri ini dan akan terus dipelihara sampai bila-bila," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batik di sini hari ini.
HAJIJI-WARISAN 2 (AKHIR) TUARAN
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman merasmikan festival selama empat hari yang berakhir hari ini dan turut hadir isterinya Toh Puan Faridah Tussin, serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
Hajiji berkata komitmen memelihara budaya selaras dengan hala tuju kerajaan negeri memandangkan Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai suku kaum dan tradisi.
Menurut beliau, festival tersebut turut mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama, selain menjadi platform untuk mencungkil serta memelihara bakat baharu dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Tun Musa atas sokongan terhadap penubuhan Persatuan Rumpun Bajau Samah 12 tahun lalu dan pembangunan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batik bermula pada 2017 ketika beliau menjadi Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warisan budaya pelbagai etnik
#etnik sabah
#khazanah budaya tempatan
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan