DUNGUN: Kerajaan menyasarkan 60 peratus penyertaan tenaga kerja wanita dalam pelbagai sektor di negara ini menjelang tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata kadar guna tenaga wanita di negara ketika ini adalah pada tahap 55 peratus dan ia boleh ditingkatkan kepada 60 peratus dengan pelbagai sokongan dan inisiatif oleh kerajaan MADANI.
Beliau berkata ia sejajar dengan perkembangan dan revolusi dunia hari ini yang memerlukan sumbangan wanita dalam dunia pekerjaan demi pembangunan sosioekonomi negara.
"Laporan Forum Ekonomi Dunia 2020 menyatakan wanita Malaysia sangat kreatif, mampu berkomunikasi dengan baik dan keupayaan menyelesaikan masalah yang mengagumkan.
"Di KKDW sendiri terutama di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kita ada pelbagai program peningkatan dan keusahawanan untuk memajukan wanita seperti Quick Win," katanya.
Rubiah berkata demikian pada program Himpunan MADANI sempena Sentuhan Kasih Desa Terengganu 2023 di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat.
Selain itu, Rubiah berkata kerajaan juga menyasarkan penglibatan 30 peratus golongan wanita dalam bidang profesional pada masa depan.
Beliau berkata dengan pelbagai peluang, ruang dan bantuan diberikan oleh kerajaan MADANI kepada golongan wanita, sasaran itu diyakini mampu dicapai dalam tempoh tidak lama lagi.
Terdahulu, Rubiah menyertai sesi senaman pagi bersama 5,000 beliawanis dan wanita dari sekitar daerah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Rubiah berucap pada Himpunan Wanita MADANI sempena Program Sentuhan Kasih Desa di Kompleks Sukan KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, 28 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah
RISDA akan mencadangkan kepada KKDW penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini
RM1.7 juta diperuntukkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan desa untuk beralih kepada teknologi baharu dan digital.
KPKM rancang jadikan Orang Asli penggerak tanaman durian berskala besar - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perancangan menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai antara penggerak utama bagi penanaman durian berskala besar di negara ini.
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.