awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedang tambah baik skim perlindungan seniman - Fahmi

Bernama
Bernama
18/02/2024
14:44 MYT
Kerajaan sedang tambah baik skim perlindungan seniman - Fahmi
Fahmi turut berkongsi kisah kunjungannya ke rumah Allahyarham "Pak Jabit" di Temerloh, selepas mengetahui nasib balu Allahyarham, Raja Maharani mengalami masalah kesihatan. - Gambar FB Fahmi
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI sedang berusaha menambah baik skim perlindungan seniman bagi melindungi serta meningkatkan kebajikan golongan itu dan ahli keluarga mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi di laman Facebooknya hari ini berkata usaha menambah baik skim itu perlu memandangkan para seniman banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.
Dalam hantaran sama, Fahmi turut berkongsi kisah kunjungannya ke rumah Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai "Pak Jabit" di Temerloh, sempena lawatan rasminya ke Kuantan, Pahang, baru-baru ini, selepas mengetahui nasib balu Allahyarham, Raja Maharani Raja Jaafar, 70, mengalami masalah kesihatan.
"Makcik Maharani jatuh sakit dan batuknya jadi semakin teruk dan kini dia perlu bergantung kepada penumpu oksigen selama 15 jam sehari untuk bernafas. Dia juga perlu mengambil susu formula khas dengan harga RM100 satu kotak untuk dia teruskan kehidupan," katanya.
Beliau berkata Maharani kini tinggal bersama seorang anak lelakinya dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.
Dalam lawatan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk penumpu oksigen dan beberapa kotak susu formula khas untuk Maharani.
Man Kadir Samsi merupakan seorang pelawak dan pelakon yang begitu popular menerusi watak Pak Jabit yang dibawanya dalam filem Hantu Kak Limah, Zombi Kampung Pisang.
Man Kadir telah meninggal dunia pada 7 Sept 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hantu Kak Limah
#penumpu oksigen
#meninggal dunia
#Pak Jabit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan