awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia pelbagai inisiatif untuk masyarakat India bernilai lebih RM42 juta - PM Anwar

Bernama
Bernama
16/10/2025
22:20 MYT
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif untuk masyarakat India bernilai lebih RM42 juta - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar beramah mesra dengan seorang peniaga kekita meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta khusus untuk manfaat masyarakat India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan termasuk program tuisyen percuma dan pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa.
Anwar berkata, inisiatif berkenaan yang turut merangkumi program pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dikongsikan beliau semasa pertemuan santai bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery, Brickfields hari ini.
"Usai program rasmi hari ini, saya singgah di Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.
"Sejurus tiba, saya berkesempatan menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa," katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.
Selain pertemuan itu, beliau turut meninjau persiapan masyarakat India menjelang sambutan Deepavali di beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India, Brickfields.
"Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#inisiatif kerajaan
#masyarakat India
#peranti siswa
#Mitra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan