PAPAR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersedia membantu membawa pulang jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub pulang ke tanah air.
Menteri berkenaan Datuk Mohd Armizan Ali berkata ini termasuk usaha pihaknya untuk memenuhi hasrat keluarga Allahyarham yang ingin jenazah dikebumikan di kampung halamannya di Benoni di sini.
"Yang paling penting sekarang ini adalah untuk kita bekerjasama rapat dengan anggota keselamatan di Nepal supaya mereka dapat membantu kita bawa jenazah turun ke base camp seterusnya kita membantu membawa jenazah balik ke Malaysia dan terus ke Kampung (Benoni) untuk proses pengebumian.
"Setakat ini, kita difahamkan bahawa urusan untuk membawa turun jenazah dari puncak Everest mengambil masa lebih kurang tiga hari. Satu operasi menyelamat yang agak mencabar.
"Pihak kedutaan kita di Nepal telah bekerjasama dengan pasukan yang bertanggungjawab di sana untuk membantu mempermudah proses," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat di sini hari ini.
Awang Askandar, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest di Himalaya dan perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.
Mohd Armizan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergiannya sebagai amat mendukacitakan yang turut memberi kesan kepada seluruh anggota APM.
"APM merupakan antara agensi di bawah kawal selia saya. Di JPM, kita tahu Allahyarham merupakan seorang individu yang amat komited. Hasrat beliau untuk menakluki Everest sudah sekian lama.
"Tahun lepas pun beliau pergi dan sebelum berangkat, beliau sempat bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan tahun ini, sebenarnya sebelum berangkat ke Nepal kumpulan mereka telah bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di bangunan Parlimen," katanya.
Mohd Armizan berkata beliau mengenali Allahyarham secara peribadi kerana sebelum ini mereka pernah berkhidmat di Biro Tatanegara.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed pula berkata pihaknya difahamkan usaha membawa turun jasad Allahyarham sedang dilakukan namun berdepan kekangan akibat cuaca buruk.
Beliau berkata APM akan mengadakan istiadat untuk menghormati dan menghargai jasa Allahyarham.
"Allahyarham adalah pegawai yang mempunyai kemahiran sangat tinggi dan menjadi aset penting kepada APM... dan dia sukar dicari ganti," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Allahyarham di Benoni.
Aminurrahim berkata APM juga akan memberi bantuan yang perlu kepada keluarga Allahyarham.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Mohd Armizan berkata beliau mengenali Allahyarham secara peribadi kerana sebelum ini mereka pernah berkhidmat di Biro Tatanegara. - Gambar fail/Bernama
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Zolkopli Dahlan dilantik ketuai IPCC
Datuk Zolkopli Dahalan hari ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang turut dianggotai empat individu lain.
MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India
MITRA dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
'Letak Mitra bawah Kementerian Perpaduan Negara tidak baiki sosioekonomi kaum India' - Sivaraj
Langkah meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di bawah Kementerian Perpaduan Negara tidak akan menambah baik kedudukan sosioekonomi masyarakat India.
MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.