awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor anjur sambutan Tahun Baharu Cina pada 24 Feb

Bernama
Bernama
15/02/2024
05:35 MYT
Kerajaan Selangor anjur sambutan Tahun Baharu Cina pada 24 Feb
Sambutan peringkat negeri itu akan diadakan pada 24 Feb ini di IOI City Mall, Sepang. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat Selangor anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Invest Selangor Bhd akan diadakan pada 24 Feb ini di IOI City Mall, Sepang bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli berangkat hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan.
Majlis itu akan turut dihadiri antaranya kerabat diraja Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, ketua-ketua jabatan, wakil kedutaan asing dan rakyat Selangor dengan jangkaan kehadiran kira-kira 15,000 orang, bermula 10 pagi hingga 6 petang.
"Majlis ini bakal menyaksikan persembahan kebudayaan gabungan pelbagai jenis tarian tradisional Malaysia seperti tarian naga dan singa, gamelan, dram dan orkestra yang melambangkan sebahagian daripada warisan dan budaya yang terdapat di negara ini," katanya.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini bagi sambutan perayaan bertemakan "Perayaan Muafakat" itu, Ng berkata tradisi penyampaian angpau kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, pemberian limau serta bengkel dan aktiviti menarik akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.
Beliau berkata tetamu bakal disajikan dengan lima persembahan utama melibatkan pengarah seni tempatan Anthony Meh yang akan mengetuai kumpuan tarian Dua Space Dance Theatre dalam mengatur dan membuat koreografi persembahan.
Orang ramai yang bercadang untuk hadir boleh menggunakan pengangkutan awam perkongsian kenderaan - Van DRT (Demand-Responsive Transit) Mobiliti Selangor yang membawa penumpang dari 60 lokasi di sekitar Serdang ke IOI City Mall dengan caj serendah RM2.
Muat turun aplikasi Trek App melalui Apple App Store dan Google Play Store untuk mendapatkan jadual lokasi dan waktu operasi Van DRT Mobiliti Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baru Cina
#sambutan peringkat negeri
#Selangor
#24 feb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan