Kerajaan akan menyenaraihitam serta-merta kontraktor dan pembekal yang dikenal pasti gagal menyiapkan projek kerajaan dalam masa yang ditetapkan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata kontraktor yang mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek pula akan diberi keutamaan untuk mendapatkan projek kerajaan seterusnya.
Beliau menegaskan kerajaan tidak lagi boleh menerima atau terus menanggung kerugian atas kegagalan projek yang diberi kepada kontraktor.
"Apa yang berlaku ialah selalunya bila kita ada masalah dengan kontraktor kita tidak boleh tamatkan dia, kita kena tunggu kes selesai dengan kontraktor begitu lama, jadi sementara selesai dalam masa empat hingga tujuh tahun, baru kita boleh mula balik projek tersebut...jadi kos akan meningkat lebih tinggi.
"Terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar kita mesti pastikan bahawa segala perbelanjaan yang dibuat mestilah dapat dinikmati rakyat tanpa sebarang pembaziran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dermasiswa daripada 'The Holstein Milk Company Sdn Bhd', di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Johari berkata setiap kementerian dikehendaki memastikan perkara teknikal dalam permohonan tender projek kerajaan seperti urusan tanah, rekaan bangunan, tarikh siap projek serta kos perlu dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum ia diberi kepada mana-mana kontraktor.
"Setiap kementerian kini memantau projek-projek di bawahnya, kalau ada masalah dari segi teknikal dan sebagainya, kementerian tersebut akan maklumkan kepada kita (Kementerian Kewangan) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Johari berkata Bajet 2017 yang dijadual dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan akan menyentuh dan membela kehidupan rakyat dalam mendepani situasi ekonomi mencabar.
Johari turut memberi jaminan bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan butiran mengenai pemberiannya akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017 nanti.
Sementara itu majlis hari ini menyaksikan syarikat peneraju industri tenusu tempatan itu menyampaikan sumbangan RM28,600 berupa biasiswa RM50 sebulan kepada 143 pelajar SBJK, bagi bulan Ogos sehingga November 2016. - Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata kontraktor yang mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek pula akan diberi keutamaan untuk mendapatkan projek kerajaan seterusnya. - Gambar fail
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.