awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan

Bernama
Bernama
08/03/2024
08:46 MYT
Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Ramanan berkata usahawan kecil hanya perlu menghubungi pejabat khidmat kawasan Parlimen masing-masing untuk membantu dalam proses permohonan. - Gambar fail/Bernama
SUNGAI BULOH: Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata mereka hanya perlu menghubungi pejabat khidmat kawasan Parlimen masing-masing untuk membantu dalam proses permohonan.
"Untuk kawasan Parlimen saya (Sungai Buloh), mereka boleh datang ke pejabat pusat khidmat, ada pegawai yang akan bantu mereka membuat permohonan mengikut keperluan mereka.
"Kita ada Amanah Ikhtiar, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan agensi-agensi lain (di bawah kementerian) yang akan tolong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penyerahan kelengkapan sekolah anjuran Bank Rakyat kepada murid kurang berkemampuan di sekitar Sungai Buloh di sini, hari ini.
Beliau berkata kaedah permohonan bantuan juga telah dipermudahkan sejak tahun lepas.
"Kebiasaan mereka (usahawan) tidak tahu perlu pergi ke mana atau agensi yang sepatutnya dihubungi, sekarang kita sudah mudahkan banyak perkara.
"Kalau dulu contoh daripada TEKUN, permohonan pinjaman perlu isi 17 dokumen tapi sekarang kita kurangkan kepada empat dokumen sahaja, iaitu lesen perniagaan, gambar premis perniagaan, kad pengenalan dan penyata bank," katanya.
Pada program hari ini Bank Rakyat menyerahkan bantuan kelengkapan sekolah berjumlah keseluruhan RM30,000 kepada 300 murid kurang berkemampuan dari 10 sekolah di sekitar kawasan Sungai Buloh.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata setiap murid menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM100 yang berupa beg sekolah dan alat tulis.
"Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang masih bersekolah, selain membolehkan murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah menyambung pendidikan," katanya ketika berucap.
Ramanan turut menaja kos pembukaan Akaun Simpanan-i Nuri Bank Rakyat sebanyak RM20 bagi setiap murid yang menerima bantuan bagi menggalakkan amalan menabung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Usahawan Kecil
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#r ramanan
#skim bantuan kewangan khusus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan