KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa serius dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang akan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk menilai setiap cadangan daripada setiap kementerian sebelum ia dibentang di dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Paling penting setiap keputusan berpandukan perbentangan dan nasihat yang dibuat KKM, kerana ini melibatkan masalah kesihatan rakyat. Jadi barulah kita setuju dan selepas itu diumumkan.
"Saya ingin maklumkan daripada satu kali seminggu, kita tambah dua kali seminggu dan akhir-akhir ini tiga kali seminggu bermesyuarat.
"Jadi saya hendak menjawab ada pihak yang mengatakan kita tidak serius dalam menangani isu COVID-19. Di dalam menyediakan SOP kita mengambil kira semua pandangan dariapada semua ahli mesyuarat yang semuanya memberikan pandangan," katanya semasa sidang media pada Selasa.
Pada Isnin, Muhyiddin mengumumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun depan.
Keputusan itu merupakan langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
Dalam pada itu Ismail menjelaskan, maklumat lanjut serta perincian mengenai SOP PKP 3.0 boleh dilihat di laman sesawang kementerian berkenaan atau MKN.
Sementara itu kata Ismail, PKP 3.0 yang dilaksanakan ketika ini tidak akan menyusahkan rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini.
Jelasnya, ia akan mengimbangi keperluan kesihatan dan rakyat yang terkesan serta terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
"Negara kehilangan RM2.4 bilion sehari apabila kita menutup kesemua sektor ekonomi dan seperti saya sebutkan yang paling terjejas teruk peniaga kecil yang pada ketika itu tidak mampu meneruskan hidup kerana kita menutup peluang perniagaan mereka kerana tidak dibenarkan keluar rumah, itu dari segi perniagaan.
"Dari segi kesusahan lain selalu kita bincangkan, kita tidak benarkan keluar rumah, cuba kita bayangkan mereka yang tinggal di rumah pangsa, dua bilik, duduk beramai-ramai dan tidak boleh keluar selama beberapa bulan. Cuba kita bayangkan," ujarnya.
Dalam pada itu ujar Ismail, pihak KKM akan sentiasa membuat pengesanan kontak dan mereka yang positif di kilang akan diasingkan, dirawat serta kontak rapat dikuarantin.
Selain itu katanya, kerajaan juga sudah membuat pindaan Ordinan Darurat Akta 446 agar dilaksanakan segera untuk menyediakan kawasan lebih selesa untuk pekerja kilang.
"Dari segi penambahbaikan kawalan di dalam kilang telah dikeluarkan arahan oleh KKM, untuk periksa, imbasan, kedudukan tempat kerja dan sebagainya, dari segi penjarakan di dalam kilang dilaksanakan.
"Walaupun begitu jika, kilang tersebut didapati, selepas penilaian KKM, kilang-kilang banyak diarahkan tutup oleh kerajaan. Cuma mungkin kita tidak hebohkan kepada rakyat tentang kilang-kilang yang ditutup tersebut," ujarnya.
Astro Awani
Tue May 11 2021
Kata Ismail, PKP 3.0 yang dilaksanakan ketika ini tidak akan menyusahkan rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.