KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 Nov (Isnin) akan dibawa ke 14 Nov (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
"Peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.
"Namun begitu, kerajaan pada 3 Nov telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023," katanya dalam surat edaran yang disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.
Menurut Zulkapli, perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata mulai 2018, kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.
Peraturan ini, katanya, telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Menurut Zulkapli, perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. - Gambar fail/ilkap.gov.my

Petugas Tabung Haji anjur bacaan Yasin, doa selamat mohon kelancaran operasi haji
Petugas Tabung Haji bagi musim 1446H/2025M mengambil peluang melaksanakan bacaan yasin dan doa selamat di Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Al-Madinah, Madinah.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 28 April 2025
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka tinggi minggu ini, dipacu oleh diskaun harga berbanding minyak kacang soya. Peniaga David Ng menjangkakan harga MSM berada dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan. Peniaga Jim Teh dari Interband Group of Companies menjangkakan pasaran yang lebih kukuh dengan harga antara RM3,800 hingga RM3,900 satu tan. Permintaan utama dijangka datang dari India, China, dan Timur Tengah. Stok MSM tempatan masih banyak dengan pengeluaran yang lebih baik pada April.
Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu ini. Pasaran fokus kepada data utama AS. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam, menjangka penurunan indeks keyakinan pengguna dan indeks pembuatan AS. Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 minggu sebelumnya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 28 April 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pembukaan Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Unjuran merosot, tarif meningkat: Apa ‘game plan’ Malaysia?
Malaysia berdepan cabaran ekonomi besar apabila unjuran pertumbuhan KDNK diturunkan oleh Bank Dunia dan IMF, manakala ketegangan perdagangan global terus memuncak. Dalam sesi ini, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas pelan tindakan konkrit Malaysia untuk kekal kompetitif di ASEAN, kesan kenaikan tarif Amerika Syarikat, serta keperluan reformasi ekonomi jangka sederhana dan panjang.

Trump desak Putin 'hentikan serangan' dan tandatangan perjanjian
Putin perlu menunjukkan komitmen untuk menamatkan konflik, kata Trump.
Prospek berhati-hati bagi minggu ini susulan pelabur tunggu respons terhadap tarif AS
Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 minggu ini. Pelabur menunggu respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif AS daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan minggu dagangan yang singkat dan penutupan Bursa Malaysia pada Khamis sempena Hari Pekerja mungkin menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan.

Enggan hubungan ‘terapung’, Mr E mahu segera sunting Erra Fazira sebagai isteri
Erra mohon doa semua pihak agar urusan perkahwinannya kali ini dengan Mr E dipermudahkan.
Sidang Khas Parlimen jadi platform terangkan langkah kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.

Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda ketika pulang dari surau
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Pulau Pinang-Chennai ikrar tingkat pelancongan, perkukuh hubungan budaya
Chennai, Tamil Nadu dan Pulau Pinang menyatakan komitmen untuk mempertingkatkan pelancongan dan pertukaran budaya.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.

Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.

Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.

TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.