KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai tersebut, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataan hari ini, katanya pengecualian cukai itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jan, 2022 hingga 31 Dis, 2026.
Tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri, katanya jenis pendapatan yang dikecualikan cukai ialah pendapatan dividen untuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala semua jenis pendapatan untuk kategori pembayar cukai individu.
"Selain daripada jenis pendapatan yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia," katanya.
Bagi kategori pembayar cukai individu, katanya kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, yang akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.
"Manakala bagi kategori bukan pemastautin (individu, syarikat dan lain) masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan," menurut MOF.
Pada masa sama, katanya sukacita dimaklumkan bahawa FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 adalah dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Makmur.
Dalam pembentangan Bajet 2022, katanya kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Jan, 2022.
Katanya pelaksanaan cadangan layanan cukai tersebut dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Dis, 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Dis, 2021.
Bagi memastikan pasaran saham di Bursa Malaysia terus kekal rancak dan dinamik, MOF berkata kerajaan mengambil pendekatan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.
Katanya amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak itu adalah dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun duti setem yang melebihi RM1,000 akan diremitkan.
"Peremitan ini adalah terpakai kepada semua nota kontrak bagi tempoh mulai 1 Jan, 2022 hingga 31 Dis, 2026 bagi dagangan saham atau stok yang disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia yang diluluskan di bawah subseksyen 8(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007," menurut MOF.
Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan juga telah mencadangkan kadar duti setem ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok tersenarai di Bursa Malaysia dikaji semula supaya ia dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.50 bagi setiap RM1,000 dan kenaan had duti setem RM200 bagi setiap nota kontrak berkaitan dimansuhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai tersebut. - Gambar fail
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.