awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju perhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial - PM

Bernama
Bernama
22/11/2023
10:26 MYT
Kerajaan setuju perhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-6, Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikannya hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial secara berfasa ke atas populasi umur bekerja rakyat Malaysia yang mencapai usia 18 tahun bagi menjamin pendapatan hari tua bermula tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-6, Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikannya hari ini.
"Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membawa cadangan ini untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM)," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini.
Beliau berkata melalui mesyuarat itu, kerajaan membincangkan liputan perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif kepada rakyat terutama kumpulan rentan dan mereka yang berada dalam sektor tidak formal.
"Kerajaan sentiasa meneliti kaedah terbaik dalam meningkatkan liputan keselamatan sosial kepada populasi umur bekerja terutamanya yang berada dalam sektor tidak formal selain berusaha untuk mengatasi jurang kemahiran dalam sumber manusia serta memastikan kemampanan pembiayaan perlindungan sosial," katanya.
Anwar berkata melalui MySPC, kerajaan menyasarkan agar jaringan keselamatan sosial negara dapat diperkukuh dan diperluaskan, malah ia perlu segera diterjemahkan kepada pelan tindakan yang dapat dilihat, dirasai dan dinikmati oleh rakyat yang berhak ke atasnya.
"Hasrat tersebut boleh dicapai melalui penyelarasan dan pelaksanaan program-program perlindungan sosial secara inklusif serta program peningkatan kapasiti dan keupayaan kumpulan sasar yang bersepadu," menurut kenyataan itu.
Beliau berkata perlindungan sosial yang mampan mampu memastikan setiap rakyat kekal menikmati taraf hidup yang wajar ketika mereka berdepan dengan sebarang risiko di sepanjang kehidupan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlindungan sosial
#pendapatan hari tua
#MYSPC
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan