awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar

Bernama
Bernama
21/09/2023
11:49 MYT
Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar
Sivakumar berkata, Malaysia mempunyai 14 negara sumber selain Bangladesh untuk dipilih majikan dalam mengambil pekerja asing. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak campur tangan dalam proses pengambilan pekerja asing terutama dalam pemilihan pekerja dan negara asal mereka oleh majikan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan bagi mengulas satu artikel portal berita berkaitan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh, beliau berkata dalam pemilihan pekerja dan negara sumber, majikan yang akan membuat keputusan mengenainya berdasarkan kesesuaian pekerja berkenaan untuk bekerja dalam industri masing-masing.
"Kementerian sentiasa mengekalkan pendekatan bahawa pengambilan pekerja asing tertakluk kepada prinsip mengutamakan pekerja tempatan dan permintaan daripada majikan, bergantung kepada keperluan sebenar mereka berdasarkan kriteria yang ditentukan kerajaan mengikut sektor.
"Sebagai sebuah negara perdagangan, kerajaan mengiktiraf sumbangan pekerja asing dalam membantu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara," menurut kenyataan itu.
Beliau berkata Malaysia mempunyai 14 negara sumber selain Bangladesh untuk dipilih majikan dalam mengambil pekerja asing.
Sivakumar berkata terdapat salah faham berkaitan proses pengambilan dan peruntukan kuota dari negara, dan sehubungan itu beliau perlu membuat penjelasan mengenainya.
Beliau menekankan bahawa penderitaan manusia tidak boleh dibiarkan atau dikompromi terutamanya yang berkaitan dengan hak dan kebajikan pekerja.
Sebuah portal berita sebelum ini telah memetik seorang aktivis migran yang menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah warga Bangladesh yang tiba di Malaysia, yang kebanyakan daripada mereka akhirnya terkandas sebaik tiba, dan jumlah mereka yang terlalu ramai berbanding pekerja warga asing yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#V Sivakumar
#pekerja Bangladesh
#pemilihan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan