SHAH ALAM: Kerajaan perlu menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan bagi kos subsidi petrol, sekiranya terus menangguhkan pelaksanaan subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sebagaimana diumumkan dalam belanjawan lepas, kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini, bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar mengikut garis masa ditetapkan.
"Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan ke belakang dan kesan penangguhan subsidi bersasar ini, menyebabkan kerajaan kena tanggung subsidi petrol pukal kira-kira RM2 bilion sebulan.
"Lebih baik jika RM2 bilion ini, disalurkan dalam bentuk bantuan kepada keluarga (yang layak)," katanya dalam sesi dialog awam PADU di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Rafizi berkata kerajaan juga, sedang mempertimbang cadangan untuk melaksanakan pembayaran atau pengagihan bantuan dalam bentuk pindahan wang tunai secara bulanan terus kepada rakyat.
Beliau berkata reformasi agihan bantuan sosial rakyat yang tidak pernah ditawarkan itu boleh dilaksanakan melalui PADU dan kaedah itu juga dijangka memberi tambahan pendapatan kepada penerima bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Rafizi berkata, kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini. - Gambar hiasan
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
Kerajaan salur RM1 bilion sebulan subsidi diesel, ketirisan RM4.5 juta sehari - Amir Hamzah
Kerajaan membelanjakan RM1 bilion setiap bulan untuk subsidi diesel manakala kerugian akibat ketirisan mencatatkan jumlah yang besar sebanyak RM4.5 juta sehari.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
KPKM giat kenal pasti golongan terlibat subsidi bersasar
Penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.