Kerajaan sedang meneliti cadangan memperbaharui kontrak sewaan hotel di Arab Saudi bagi jemaah haji kepada kontrak sewaan jangka panjang yang lebih baik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia perlu diteliti dan dibincangkan dengan pihak Arab Saudi bagi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengimbangi kadar sewaan yang meningkat setiap tahun.
Ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini, beliau menarik perhatian bahawa kerajaan tidak boleh membeli secara terus hotel-hotel di Arab Saudi kerana terikat dengan syarat kerajaan negara berkenaan berhubung pemilikan bangunan.
"Setakat ini kita terikat dengan kontrak sewaan atau pajakan jangka pendek sedia ada dengan kerajaan Arab Saudi bagi setiap tiga ke lima tahun.
"Kerajaan sedang berkira-kira untuk menandatangani kontrak baharu bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun sewaan atau pajakan bangunan hotel-hotel buat jemaah haji kita dan ini kita lihat lebih menguntungkan," katanya menjawab soalan Senator Husam Musa.
Fuziah turut berkata beberapa faktor penting seperti harga sewaan dan penyelenggaraan bangunan perlu diambil kira berkaitan cadangan kerajaan untuk memeterai kontrak sewaan baharu bagi tempoh jangka panjang dengan kerajaan Arab Saudi itu nanti.
"Faktor (keadaan) bangunan hotel-hotel itu sendiri adalah paling utama, sebab kita perlu tampung jemaah haji kita seramai 30,200 orang setiap tahun...harga sewaan juga mesti kompetitif kerana kita merancang untuk tidak membayar lebih daripada kadar sewaan kontrak semasa.
"Kita juga perlu melihat apakah penawaran fasiliti dan tambah nilai yang ada di setiap bangunan hotel itu contohnya dekat dengan klinik atau farmasi," katanya sambil menambah aspek penyelenggaraan juga perlu diambil kira bagi memastikan kualiti hotel terjaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019
Setakat ini Malaysia terikat dengan kontrak sewaan atau pajakan jangka pendek sedia ada dengan kerajaan Arab Saudi bagi setiap tiga ke lima tahun. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.