awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/03/2020
03:59 MYT
Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. - Gambar fail
Kerajaan akan berusaha sedaya-upaya membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, walaupun ramai yang telah berjaya dibawa pulang, masih ada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara susulan pendirian kerajaan berkenaan dalam kes COVID-19.
“Biarpun saya tahu, ada segelintir yang tidak setuju untuk bawa mereka pulang kerana bimbang meningkatkan risiko COVID-19.
“Namun saya tetap ingin menegaskan saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. Negara ini milik mereka juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jaga diri, kekal tenang, duduk di rumah - Hishammuddin
BACA: Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Tehran tiba di KLIA
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, adalah hak rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa.
“Saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang ini, apabila tiba di Malaysia, patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan. Pastikan juga diri dikuarantin selama 14 hari.
“Biarpun agak membebankan, namun langkah ini penting untuk menghentikan penularan Covid-19.
“Kerajaan dan Wisma Putra telah membantu saudara saudari untuk pulang. Jadi saya harap, saudara saudari juga boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Sembrong
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#kerajaan
#luar negara
#Menteri Luar
#perintah kawalan pergerakan
#pulang
#rakyat Malaysia
#terkandas
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan