awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS - Kementerian Kewangan

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2021
09:03 MYT
Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan, MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini. - Foto subangskypark.com
KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada perancangan menjual mana-mana hartanah lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak.
Menangkis spekulasi yang hangat diperkatakan kini, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media memaklumkan, hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.
"MOF ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini," menurut MOF.
Mengulas lanjut, MOF berkata LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.
"MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut. Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS," katanya.
Selain itu, MOF turut memaklumkan sebahagian tanah LTSAAS telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.
"Sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah," menurut kenyataan itu.
Justeru, MOF menasihatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini.
"Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak yang berbuat demikian," kata kenyataan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#LTSAAS
#Kementerian Kewangan
#MOF
#MAHB
#jual tanah
#tanah lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan