BANTING: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru, kerajaan akan terus menunjangi soal berkaitan Islam dan bangsa Melayu tanpa mengetepikan agama serta bangsa lain.
"Tidak akan pernah luntur rasa kemelayuan dan tidak cair keimanan kita kalau kita menyantuni bangsa serta agama lain," katanya semasa merasmikan majlis anugerah sempena Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-42 dan 43 di sini malam ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dan kemajmukan itu harus disantuni demi mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.
"Begitu juga soal kestabilan politik, bukan hanya semata-mata kerana agenda tetapi untuk pembangunan negara bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhan," katanya.
Beliau juga berkata kepimpinan baharu belia khususnya Gerakan Belia 4B Malaysia harus melihat tiga elemen yang turut ditawarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam memastikan mereka bukan hanya berkhidmat untuk ahli semata-mata malah untuk seluruh masyarakat.
Katanya elemen yang ditawarkan itu adalah penglibatan ahli serta masyarakat khususnya belia dalam sektor ekonomi bagi menaik taraf kehidupan, keterlibatan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta skim rangsangan untuk menaikkan profesion pelajar tahfiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran.
"Pertamanya, organisasi yang kita ketuai perlu melihat kepada aspek keterlibatan ahli dalam sektor ekonomi khususnya dan menaik taraf status sistem mesti dilakukan... menerusi program keusahawan (yang ditawarkan kementerian).
"Kementerian juga tawarkan sebanyak 529 kursus menerusi program TVET yang pelbagai agar dimanfaatkan bukan sahaja untuk ahli tetapi juga pemimpin organisasi belia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar ketika hadir ke Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B di MAHSA University Jenjarom hari ini. - Foto BERNAMA

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.

Tiada kompromi pihak sentuh sensitiviti agama dan kaum - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga membangkitkan kegusaran awam.

Negara perlu politik dan kerajaan yang stabil - Penganalisis
Antara pilihan yang ada ketika ini adalah, kesatuan dan kompromi yang mampu dicapai Ahli Parlimen.

Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.

'Total lockdown': Tiada kompromi untuk kilang tidak patuhi peraturan - MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak akan berkompromi dengan mana-mana kilang yang membuat peraturan sendiri sehingga melanggar peraturan-peraturan (SOP) COVID-19.

Gerakan Sinar Rasuah Busters bertujuan bangkitkan kesedaran - Hussamuddin
Rakyat diharap menjadi mata dan telinga serta mempunyai keberanian untuk melaporkan salah laku rasuah kepada pihak berwajib.

Krisis politik Perak: Masih ada ruang kompromi antara PN dan UMNO - Penganalisis
Dr Mazlan Ali berkata, situasi yang berlaku hanya bertujuan menukar Menteri Besar sahaja, bukan gabungan kerajaannya.

Kastam zahir penghargaan kecekapan polis tahan tiga lelaki bantu kes ugut pegawainya
Operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta.

Tiada kompromi kes buli dalam ATM - Ismail Sabri
ATM mempunyai polis tentera dan mahkamah sendiri bagi melakukan siasatan dalaman apabila terdapat laporan berlakunya gejala terbabit.

PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa
Pihak PBT seharusnya mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan dan salah laku pegawai, sekiranya dakwaan mengenai perbuatan itu didapati benar.