awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak berkompromi isu LGBT

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/07/2018
22:22 MYT
Kerajaan tidak berkompromi isu LGBT
Hasanuddin berkata, golongan LGBT sebenarnya 'sakit' dan cara rawatannya perlu berhemah supaya tidak terus subur di negara ini. - REUTERS/Fail
Isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan satu isu yang memerlukan pendekatan lebih berhemah.
Itu yang ditegaskan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd Yunus, yang menegaskan penyelesaian yang berkesan memerlukan kerjasama semua pihak.
Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan pimpinan Pakatan Harapan berkompromi dengan golongan ini, sebaliknya akan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan ia tidak menjadi wabak yang sukar diubati.
"Golongan LGBT ini sebenarnya 'sakit', tetapi cara rawatannya perlulah berhemah supaya tidak terus subur di negara ini.
"Pendirian kerajaan untuk mengatasi masalah ini, jelas seperti yang pernah ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi Wacana Sinar ke-66 bertajuk 'Islam di Era Pakatan Harapan', yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Turut serta dalam sesi pada Jumaat ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Naib Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari; dan Penasihat Agama UMNO Selangor, Rosdi Long.
Topic Berkaitan
#gay
#Hasanuddin Mohd Yunus
#Islam
#kerajaan
#LGBT
#Pakatan Harapan
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan