KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.
Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko tergolong dalam kemiskinan hari tua.
Pada masa ini, sebanyak 48 peratus daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang amat rendah.
"Kerajaan tidak seharusnya membenarkan lagi pengeluaran. Bagi menambah simpanan KWSP, ahli yang membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP mereka perlu bekerja selama empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sepanjang tempoh COVID-19," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.
Beliau berkata berdasarkan umur persaraan yang dijangka tidak dinaikkan, pekerja tersebut tidak akan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi untuk persaraan mereka.
"Dengan Malaysia mencapai jumlah penduduk yang semakin berusia menjelang 2030 dan dalam semangat sebenar Keluarga Malaysia, kerajaan turut bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang normal.
"Kerajaan perlu memikirkan skim lain untuk membantu mereka daripada mengeluarkan simpanan KWSP yang bertujuan untuk keperluan hari tua.
"Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan kepada pekerja individu. Sebagai warganegara, sepanjang hayat dan kerjaya mereka, mereka telah banyak menyumbang kepada negara. Ia adalah peranan negara untuk menjaga mereka apabila mereka bersara," katanya.
MEF turut mencadangkan dasar semasa yang membenarkan satu pertiga pengeluaran selepas 50 tahun dan pengeluaran semua simpanan KWSP pada umur 55 tahun dikaji semula.
"Berdasarkan umur persaraan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, tidak lagi relevan untuk KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.
Beliau berkata berdasarkan situasi semasa amat membimbangkan apabila mendapati bahawa hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu bersara dengan selesa.
"Ini jelas bahawa terdapat keperluan segera untuk penyelesaian yang meluas meliputi program jaringan keselamatan sosial yang berkesan, dasar pasaran buruh yang kukuh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja serta dasar untuk menggalakkan automasi dan pendigitalan untuk membantu meningkatkan produktiviti dan menjadikan penguasaan ekonomi lebih besar supaya pekerja mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperoleh lebih pendapatan, seterusnya meningkatkan caruman mereka kepada KWSP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Syed Hussain berkata, situasi semasa amat membimbangkan apabila hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu bersara dengan selesa. - Gambar fail
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pengeluaran KWSP secara bersasar atau terbuka akan burukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.
KWSP saran mekanisme 'gaji kehidupan wajar' tingkat simpanan persaraan
Malaysia perlu menerap mekanisme 'gaji kehidupan wajar' dengan tahap gaji bersesuaian bagi membolehkan pekerja membina simpanan persaraan yang mencukupi.
SC sentiasa cari kaedah tangani kecukupan simpanan persaraan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sentiasa mengenal pasti kaedah baharu bagi menangani aspek berkaitan kecukupan simpanan persaraan, sejajar dengan jangkaan Malaysia berstatus negara menua.
Simpanan persaraan rakyat Malaysia di tahap amat membimbangkan - PM Anwar
Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.
Kerajaan tidak seharusnya benarkan lagi pengeluaran daripada KWSP - MEF
MEF bimbang pengeluaran simpanan baru-baru ini yang mencecah RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko kemiskinan hari tua.
KWSP jalin kerjasama dengan Grab bagi galakkan rakan pemandu, penghantar membuat simpanan persaraan
MoU ini adalah kesinambungan daripada MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Ogos 2018.
Perincian lebih lanjut mengenai kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar diumumkan pada 11 Nov
Kemudahan pengeluaran tambahan ini adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai.