awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak tanggung hutang 1MDB - Najib

Bernama
Bernama
29/10/2014
14:08 MYT
Kerajaan tidak tanggung hutang 1MDB - Najib
NAJIB: Hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap.
Perdana Menteri berkata, hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia.
"1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain.
"Sepertimana syarikat lain yang tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat adalah tanggungan syarikat itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu sama ada kerajaan terpaksa menanggung beban hutang RM38 bilion 1MDB jika syarikat itu muflis.
Najib menjelaskan hutang 1MDB pada tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah sebanyak RM36.25 bilion.
Perdana Menteri berkata, 1MDB mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh dan membolehkannya mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi bon yang diterbitkan.
Selain itu katanya, syarikat itu sentiasa melakukan 'due dilligence' kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek.
"Setakat ini, 1MDB tidak pernah terlepas daripada memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannya.
Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh disokong oleh aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan yang utuh," kata Najib.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan