KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri dan ke luar negara mulai esok pastinya menggembirakan semua orang dan ini membuktikan kerajaan menunaikan janji pelaksanaannya sebaik sahaja kadar vaksini populasi dewasa mencapai 90 peratus.
Sememangnya pelaksanaannya tepat pada masa dengan bilangan kes COVID-19 negara yang semakin menurun dengan 7,373 yang dicatatkan hari ini.
Merentas negeri bererti tiada lagi sekatan polis, tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk bergerak, tiada lagi keperluan untuk mendapat kebenaran COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi mereka dalam bidang perniagaan.
Namun, orang ramai masih terikat dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari segi pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.
Malah peranan pihak polis masih diutamakan dengan kebenaran untuk terus membuat semakan MySejahtera secara mengejut di mana-mana sahaja dan pemeriksaan pada bila-bila masa di premis-premis serta di tempat yang disyaki berlaku perhimpunan ramai.
Namun rentas negeri tidak dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Seperti yang dikatakan sebelum ini oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa aktiviti rentas negeri bukan faktor utama penularan COVID-19 tetapi perhimpunan ramai boleh menjadi penyebabnya dan ini perlu dielakkan.
BACA: Dah boleh rentas negeri esok! Ini tumpuan sidang media khas Perdana Menteri
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata kerajaan telah mengotakan janji untuk membenarkan pergerakan rentas negeri, kini rakyat perlu memainkan peranan meningkatkan kawalan kendiri selain memastikan tanggungjawab terhadap komuniti diperkasakan.
Meskipun tiada lagi had pergerakan, Dr Zainal Ariffin mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan tidak berpusu-pusu sehingga boleh menyebabkan kesesakan di tempat awam.
"Tahniah kepada kerajaan dan rakyat, tapi macam mana pun tetap kena teruskan SOP yang ditetapkan seperti jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, elakkan perhimpunan beramai-ramai dan lakukan ujian kendiri sebelum bergerak ke sesuatu destinasi," katanya kepada Bernama.
Semasa mengumumkan kebenaran rentas negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan rakyat yang ingin berbuat demikian supaya melakukan ujian pengesahan COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan dan yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas, dinasihati supaya menangguhkannya dahulu.
"Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera," katanya.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Doktor Kecemasan dan Kesihatan Am Hospital Kasih Cyberjaya Dr Hanafiah Bashirun berkata kerjasama orang ramai dalam mematuhi SOP yang ketat sangat diperlukan bagi membendung diri dari dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
Beliau turut mencadangkan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri untuk sekali lagi melakukan ujian saringan kendiri sebelum kembali bertugas bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat.
"Selain melakukan ujian saringan kendiri terhadap diri sendiri, saya sarankan mereka yang balik ke kampung sediakan juga kit ujian untuk dilakukan kepada ibu bapa. Ini penting kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan semestinya kita mahu pastikan keluarga terutamanya ibu bapa yang warga emas dilindungi," katanya.
Semua kelonggaran yang diumumkan kerajaan akan dinikmati oleh mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin dan bagi yang belum mereka dinasihati supaya menyegerakannya kerana vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.
Data terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan virus itu sebanyak 88 peratus.
Kini proses peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik berjalan lancar dan selamat, namun rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk menjayakan usaha ini.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Kebenaran merentas negeri dan ke luar negara mulai esok pastinya menggembirakan semua orang dan ini membuktikan kerajaan menunaikan janji pelaksanaannya sebaik sahaja kadar vaksini populasi dewasa mencapai 90 peratus. - Gambar fail
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.