awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran

Bernama
Bernama
06/06/2023
07:28 MYT
Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook berkata ucapan berkenaan disampaikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada bekas wakil rakyat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook berkata ucapan berkenaan disampaikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Mereka ialah bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, veteran politik Tan Sri Lim Kit Siang, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Senator Tan Sri Anifah Aman.
Darjah kebesaran kepada Nik Abdul Aziz itu diterima balunya Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak.
"Sumbangan dan jasa besar tokoh-tokoh ini dalam mengangkat suara dan hak rakyat di Parlimen Malaysia ternyata tidak kecil dan memberi dampak yang besar pada cabang legislatif negara. Tahniah!," kata beliau.
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan ucap tahniah
#dajah kebesaran
#Yang di-Pertuan Agong
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Lim Kit Siang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan