KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 16 lokaliti di Sabah, Sarawak dan Pahang bermula 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan peningkatan kes COVID-19 di lokaliti berkenaan.
PKPD itu adalah di Kampung Melikai, Kuala Penyu, Silimpopon Estate, Silimpopon Mill di Sabah, Taman Gau Indah, Taman Gau Makmur, Taman Gau Aman, Taman Gau Idaman, Kampung Gau Baru di Temerloh, Pahang dan Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, Sarawak.
Selain itu tegasnya, PKPD juga akan dilaksanakan di tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang.
"Ketujuh-tujuh mukim tersebut ialah Mukim Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu ujar Ismail Sabri, kerajaan turut mengumumkan penamatan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada 25 Mei serta Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak pada 23 Mei 2021.
Ujarnya, ia disebabkan pengesahkan trend kes oleh KKM yang menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.
Sementara itu kata Ismail Sabri, seramai 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 476 dikompaun, 15 direman dengan empat daripadanya dijamin.
Tegasnya, ia adalah hasil 72,213 pemeriksaan yang dibuat Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
"Antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (180), tidak memakai pelitup muka (111), tiada penjarakan fizikal (64), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (9) dan lain-lain (131)," katanya.
Ismail Sabri juga menjelaskan Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 20 PATI dan merampas dua kenderaan darat.
Sebanyak 175 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.
Sebanyak 482 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam.
Beliau juga menjelaskan seramai 940 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib pada Jumaat.
Astro Awani
Sat May 22 2021
Kata Ismail Sabri, Sebanyak 482 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan pad Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.