awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan usaha lancarkan urusan bawa pulang jasad mangsa gempa Lombok

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
18/03/2019
06:28 MYT
Kerajaan usaha lancarkan urusan bawa pulang jasad mangsa gempa Lombok
MARZUKI: Seramai seramai 13 orang dimaklumkan cedera dan sekarang mendapat rawatan di hospital di Lombok. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pagi ini tiba di Lombok bagi membantu menguruskan penghantaran balik dua mayat rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian gempa bumi di Lombok, pada Ahad.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahya berkata, dua mayat yang ditemui itu adalah wanita.
“Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa ada dua mangsa yang maut telah kita kenal pasti dalam kes gempa kelmarin di Lombok.
“Rakyat Malaysia semua kita dah temui. Seramai seramai 13 orang dimaklumkan cedera dan sekarang mendapat rawatan di hospital di Lombok,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bagi mengulas kejadian gempa bumi di Lombok pada Ahad.
Terdahulu, beliau hadir bagi mewakili Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah pada Majlis Pelancaran Baju dan Lagu Rasmi Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan) di Putrajaya.
Tambahnya, kementerian masih kita menunggu laporan sepenuhnya dan akan cuba memaklumkan sebarang maklumat terbaharu dengan kadar segera berhubung usaha membawa balik semua yang terlibat ke Malaysia.
“Semua urusan mangsa yang meninggal dunia diuruskan di hospital di Lombok dan tidak dibawa ke Jakarta.
“Kita akan uruskan membawa pulang mangsa terus dari Lombok ke Kuala Lumpur.
“Setakat hari ini semua rakyat Malaysia sudah dapat dikesan dan saya difahamkan enam mangsa yang tertimbus masih belum diketahui dari negara mana,” katanya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#Jasad
#Lombok
#mangsa gempa
#Marzuki Yahya
#rakyat Malaysia
#sin chew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan