OKTOBER tahun lepas, Spotify mencatatkan jumlah pengguna aktif lebih 574 juta. Pada bulan yang sama juga, buku audio telah dilancarkan.

Kemudian pada tahun ini, sokongan muzik video dan video pembelajaran pula diperkenalkan.

Disebabkan semakin banyak kandungan ditawarkan, Bloomberg melaporkan yang Spotify pada tahun ini mungkin meningkatkan lagi harga langganan mereka.

Peningkatan ini dikatakan mencapai dari AS$1 ke AS$2 iaitu sekitar RM4.74-RM9.48.

Buat masa ini, ia hanya terkesan di negara UK, Australia dan Pakistan. Dua negara lain termasuk Amerika Syarikat akan berubah pada tarikh lain tidak lama lagi.

Kepada pengguna di Malaysia, anda boleh menghela nafas lega kerana harga langganan tidak dinaikkan di Malaysia.

Tetapi mungkin selepas ciri tambahan ini tiba ke sini, akan menjadi giliran Malaysia pula di mana harga Spotify meningkat. -Amanz