Spotify kini terus mempelbagaikan penawaran kandungan melalui platform mereka, dengan penambahan kandungan pembelajaran berasaskan video. Spotify menguji ciri ini di UK buat masa ini, dan menawarkan kandungan daripada beberapa rakan kerjasama, termasuk BBC Maestro, Skillshare, Thinkific, dan juga PLAYvirtuoso.

Spotify menyatakan penawaran kandungan pembelajaran ini akan meliputi empat tema utama, iaitu membuat muzik, menjadi kreatif, belajar perniagaan, dan juga kehidupan sihat. Untuk pengguna di UK, anda boleh melakukan pembelian untuk kursus pembelajaran ini, bersama-sama kandungan lain seperti muzik, podsiar dan juga buku audio.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Spotify akan memperluaskan penawaran kandungan mereka ke luar UK. Namun, ia agak menarik untuk melihat Spotify mempelbagaikan lagi penawaran kandungan, dan tidak terhad untuk muzik semata-mata. -Amanz