BESUT: Minat yang mendalam terhadap motorhome mendorong seorang pesara, Dr Ridzuan Ramli menggunakan sebahagian daripada wang ganjaran pencennya untuk membeli kenderaan rekreasi (RV) itu yang diimport khas dari Jepun berharga RM150,000, tahun lepas.
Pesara pegawai penyelidik di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) berusia 59 tahun itu mengambil keputusan bersara lebih awal kerana tidak sabar untuk memenuhi impian memiliki RV yang sudah lama terpendam.
"Saya rasakan lambat nak tunggu usia 60 tahun (untuk bersara) bagi membeli RV tersebut, jadi saya ambil keputusan bersara dua tahun lebih awal iaitu pada November tahun lepas.
"Saya gunakan wang ganjaran pencen untuk membeli motorhome jenama Toyota Camrode 2.8 Diesel Turbo dan setakat ini Besut merupakan lokasi paling jauh saya kunjungi bersama isteri menggunakan kenderaan itu," katanya yang tinggal di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Beliau ditemui Bernama pada program Camper Rally Terengganu 2022 yang menghimpunkan 76 buah motorhome dan karavan dari seluruh negara di Pantai Dendong, Bukit Bubus di sini, hari ini.
Berkongsi minat yang sama, seorang ahli perniagaan dari Setiu di sini, Wan Sharudin Wan Latif, 51, sanggup menghabiskan kira-kira RM500,000 untuk membeli motorhome yang diimport khas dari United Kingdom tahun lepas.
Beliau berkata bersama keluarganya, mereka telah menjelajah ke seluruh Semenanjung menggunakan kenderaan itu dan ia menjadi kenangan yang sangat bermakna serta menggembirakan.
"Selepas ini saya dan keluarga berhasrat untuk menjelajah hingga ke Eropah menggunakan motorhome kami, mungkin selepas penularan wabak COVID-19 reda," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (PCMM), Farman Othman berkata, perhimpunan selama dua hari bermula semalam itu, boleh dianggap sebagai yang terbesar pernah diadakan di negara ini melibatkan peminat dan pemilik RV.
Beliau berkata, keindahan Pantai Dendong yang menghadap Laut China Selatan menjadi pilihan bagi penganjuran kali keempat itu.
"Kali pertama kami anjurkan Camper To Langkawi pada 2021 membabitkan penyertaan 46 RV, kemudian di Seremban, Negeri Sembilan (56 kenderaan) dan Camper Rally Kedah (22 kenderaan)," kata Farman.
Menurutnya, program tersebut dijayakan juga hasil kerjasama kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu bersama PCMM.
"RV dengan pelbagai model dan jenama yang berhimpun di Bukit Bubus ini berharga antara RM50,000 dan RM700,000 sebuah.
"Motorhome adalah kenderaan dilengkapi katil, dapur, bilik air dan penyaman udara yang membolehkan pemandu serta penumpang tidur dengan selesa, selain memasak di dalam kenderaan tersebut seperti rumah bergerak," katanya.
Menurutnya untuk memiliki motorhome atau campervan, tidak semestinya perlukan kenderaan yang besar malah kereta lebih kecil juga boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Sebahagian daripada 76 buah motorhome dan campervan yang mengambil bahagian dalam program Camper Rally Terengganu 2022 di Bukit Bubus selama dua hari berakhir pagi tadi. - Gambar BERNAMA
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Suami isteri kongsi minat mengembara seluruh negara dengan RV
RV kini menjadi trend dan semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat yang turut berkongsi minat mengembara.
Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.
ECERDC menerajui pembangunan industri kenderaan rekreasi, RV di Malaysia
ECERDC kini menerajui pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) serta karavan di Malaysia, dengan memanfaatkan pertumbuhan global industri tersebut selepas pandemik.
Kerana minat, pesara guna duit ganjaran pencen beli RV
Dr Ridzuan guna sebahagian daripada wang ganjaran pencennya untuk membeli kenderaan rekreasi dari Jepun berharga RM150,000.
Cebisan mayat ditemukan dalam letupan RV di Nashville
Polis percaya RV itu sengaja diletupkan, namun belum mendedahkan motif atau sasaran kejadian.