awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerangka jaringan keselamatan ekuiti tidak ambil hak kaum lain - PM Ismail Sabri

Bernama
Bernama
12/10/2021
09:14 MYT
Kerangka jaringan keselamatan ekuiti tidak ambil hak kaum lain - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata syarikat swasta tidak tertakluk kepada cadangan tersebut, sebaliknya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor yang berkenaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika membentangkan RMK12 di Dewan Negara hari ini, beliau berkata syarikat swasta tidak tertakluk kepada cadangan tersebut, sebaliknya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor yang berkenaan.
"Ini bagi memastikan penjualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan kepada pemilik asing akan dapat dikawal dan seterusnya dapat memastikan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak terhakis," katanya.
Kerangka tersebut, kata beliau akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat Bumiputera, hanya ditawar dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera yang lain.
Beliau berkata antara agensi mandat Bumiputera terlibat ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menyumbang peratusan terbesar kepada pemilikan ekuiti Bumiputera serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Ismail Sabri juga memberi jaminan agenda Bumiputera akan terus diperkasa seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, namun pada masa sama akan terus memberi perhatian kepada Keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah, kumpulan khusus dan golongan mudah terjejas tanpa mengira kaum.
"Hasrat kerajaan adalah untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil dan saksama serta inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerangka jaringan keselamatan ekuiti
#Rancangan Malaysia Ke-12
#RMK-12
#Dewan Negara
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan