Tahanan reman terhadap suspek wanita yang didakwa mengerat bayi kepada lapan bahagian disambung tiga hari lagi hingga 15 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah memaklumkan, perintah sambungan reman itu dikeluarkan Majistret Che Rohana Ismail di Hospital Suktanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Wanita berusia 31 tahun dan masih belum berkahwin itu masih ditahan di wad di HSB akibat pendarahan serius ketika melahirkan bayi berkenaan.

Jelas Abd Rahman, wanita itu sebelum ini ditahan reman empat hari bermula Khamis lepas.

Dia ditahan pada 7 Julai lalu, berikutan penemuan mayat bayi perempuan berusia lapan bulan yang dikerat lapan bahagian di tangki septik di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra.

Laporan bedah siasat pihak hospital menunjukkan bayi itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.