NATIONAL
Kerbau melayang atas Porsche

Kerbau itu dilaporkan mati di lokasi kejadian. - Gambar Astro AWANI
Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas kenderaan mewah yang dinaiki bertembung dengan seekor kerbau di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong, di sini semalam.
Lebih memeranjatkan mangsa, Teoh Sook Hua dan Phang Fei Jiang masing-masing berusia 30an dan Jannice Phang Jing Xuen, 9 tahun apabila kerbau yang dilanggar itu turut melambung sekali gus menghempap bahagian bumbung kenderaan jenis Porsche Cayenne dinaiki mereka.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, ketiga-tiga mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tiba di tempat kejadian dipercayai telah terlanggar seekor kerbau yg sedang melintas jalan.

Keadaan kerbau yang dilanggar kenderaan mewah sebelum melambung dan menghempap ke bumbung kenderaan itu.
"Akibat kemalangan, kerbau itu mati di tempat kejadian, semua mangsa hanya mendapat cedera ringan dan dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, kemalangan berkenaan turut menyebabkan kenderaan mewah itu remuk di bahagian hadapan, bumbung dan pecah tingkap.
Susulan kejadian itu, Mohd Marzukhi mengesa penternak haiwan supaya lebih berhati-hati.
“Saya nasihatkan jaga haiwan itu betul-betul, tidak sepatutnya membiarkan bebas bergerak. Ini tanggungjawab sosial penternak haiwan peliharaan,” ujar beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami