awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api bawa 336 penumpang rempuh 14 lembu

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2023
06:38 MYT
Kereta api bawa 336 penumpang rempuh 14 lembu
Sebahagian lembu ditemui mati akibat dilanggar tren dalam kejadian di kawasan antara Bahau dengan Stesen Triang pada awal pagi Rabu. - Gambar/ PDRM
BERA: Detik cemas buat 336 penumpang Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) selepas tren yang dinaiki mereka terlanggar 14 ekor lembu di Kilometer (KM) 84.5 hingga KM 84.75 di antara Bahau dengan Stesen Triang pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, tren yang turut membawa lima kru tersebut mengalami kerosakan pada bahagian enjin, paip BP, MV dan vakum.
Menurutnya, kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan.
"Tiada halangan ditemui pada atas kawasan landasan.
"Perjalanan tren lapan gerabak dari Gemas ke Tumpat itu kemudiannya diteruskan selepas pemeriksaan kerosakan dilakukan," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar Zulkiflee, kesemua lembu yang terlibat ditemui mati akibat kejadian tersebut.
Dalam pada itu, beliau memberitahu terdapat peningkatan kekerapan kes melibatkan tren dan haiwan ternakan sejak kebelakangan ini
"Insiden ini mengundang bahaya dan berisiko kepada penumpang walaupun belum berlaku sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
"Jadi kita mengingatkan para penternak supaya bertanggungjawab dengan haiwan ternakan masing-masing," tambah beliau.
Ujar Zulkiflee lagi, tindakan penguatkuasaan oleh pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk di masa akan datang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta api langgar lembu
#Gemas
#Bera
#kemalangan kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan