awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta bawa mercun meletup di persimpangan lampu isyarat, seorang maut

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/05/2021
13:42 MYT
Kereta bawa mercun meletup di persimpangan lampu isyarat, seorang maut
Mayat mangsa yang dipercayai pemandu kereta berkenaan tercampak lebih 20 meter manakala kereta jenis Proton Saga yang mempunyai kesan mercun bola itu terputus dua. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 50-an maut manakala empat yang lain cedera apabila sebuah kereta yang dipercayai membawa mercun bola meletup di Kampung Sireh di Kota Bharu pada petang Jumaat.
Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintu Geng, berhampiran Masjid Sultan Mansor, letupan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan terputus dua manakala lima kereta yang berada berhampiran terbakar dan mengalami kerosakkan.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Mohd Wildan Azhari, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.40 petang.
“Ada sebuah kenderaan terbakar dan meletup. Enam buah kereta kritikal," jelasnya.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, namun dipercayai menetap di kawasan Kampung Sireh.
Mayat mangsa yang dipercayai pemandu kereta berkenaan tercampak lebih 20 meter manakala kereta jenis Proton Saga yang mempunyai kesan mercun bola itu terputus dua.
Setakat ini, empat mangsa lain dilaporkan mengalami kecederaan.
Letupan yang kuat itu dikatakan turut didengari hampir satu kilometer.
Siasatan pihak bomba dan unit forensik polis sedang dijalankan di tempat kejadian bagi mengetahui punca kejadian.
Topic Berkaitan
#Kota Bharu
#letupan
#kereta
#operasi
#cedera
#Proton
#Kampung Sireh
#Jalan Pintu Geng
#mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan