KUALA LUMPUR: Cubaan satu sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan but kereta sebagai stor simpanan dadah di lot parkir sebuah kondominium mewah terbongkar apabila polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan di sini, kelmarin.
Hasil serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM100,000 dan menyita sebuah kereta jenis Nissan Sentra di lot parkir di sebuah unit kondominium disewa oleh anggota sindiket berkenaan di Jalan Ampang.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah, berkata dalam serbuan pertama jam 1.40 tengah hari di sebuah unit kondominium itu, polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah beg mengandungi satu ketulan mampat ganja seberat 1.03 kilogram (kg), 6.34 gram syabu dan 110 biji pil ekstasi.
Katanya, hasil soal siasat, dua suspek itu kemudian membawa polis ke tempat parkir di aras dua kondominium dan hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemukan 45 balutan mengandungi ketulan mampat ganja seberat lebih 44kg dalam but kereta berkenaan.
" Susulan soal siasat lanjut, polis menahan seorang lagi lelaki, diperayai orang kanan sindiket dadah itu berhampiran kawasan rumah setinggan di Sentul pada hari yang sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Menurutnya, kesemua rampasan dadah itu dianggar bernilai RM115,490 dan percaya sindiket itu aktif sejak November lepas.
Ashari berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu mendapat bekalan dadah dari Thailand dan dijual secara dalam talian kepada pelanggan tetap mereka di sekitar Kuala Lumpur.
"Mereka tidak membuat jualan langsung seperti kes-kes biasa. Sebaliknya, berhubung secara dalam talian dan hanya menjualnya kepada pelanggan tetap dalam kuantiti yang banyak serta berkemungkinan ia turut diedar di pusat-pusat hiburan tertentu di ibu negara," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 31 dan 32 tahun itu mempunyai rekod jenayah selain turut positif dadah dan seorang daripada mereka adalah orang yang dikehendaki polis.
Kesemua mereka direman lima hari sehingga 11 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta sama, katanya.
Ashari berkata polis yakin ada ketua sindiket dan sedang mengesan mereka yang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini. - Foto BERNAMA

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas
Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta
Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3.22 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Polis tahan tiga wanita disyaki keldai akaun sindiket penipuan
Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan.

SPRM jejak aset, wang haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa
SPRM memaklumkan usaha menjejak aset dan wang haram itu dijalankan dengan kolaborasi BNM dan badan penguat kuasa antarabangsa termasuk Interpol, NCA-United Kingdom, dan FBI.

Sindiket penipuan: 2 warga UK dihukum penjara 6 bulan, denda RM100,000
Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah AUD8,991.92 untuk tujuan pelaburan di mana mangsa tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan.

Sindiket penipuan antarabangsa: Dua warga UK dipenjara, denda
Dua warga United Kingdom termasuk seorang OKU yang terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian antarabangsa dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda keseluruhan RM320,000.

KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu

PDRM lumpuh sindiket pemburuan haram hidupan liar di Gua Musang
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM303,000.

Polis tahan dua keldai akaun sindiket penipuan
Polis menahan dua keldai akaun kepada sindiket penipuan iaitu perkhidmatan pembersihan dan pelaburan Forex tidak wujud yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.

Pihak berkuasa Thailand tahan dalang sindiket pemerdagangan manusia
Pihak berkuasa Thailand menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar ke Malaysia.