awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta milik ejen hartanah dirosakkan individu tidak dikenali

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2022
21:15 MYT
Kereta milik ejen hartanah dirosakkan individu tidak dikenali
Polis telah mengesan satu video yang dirakam penduduk sekitar yang menunjukkan seorang wanita berbaju merah telah merosakkan kereta mangsa. - Foto fail
AMPANG: Seorang ejen hartanah terkejut apabila mendapati kereta miliknya yang diletak di hadapan pejabat di Jalan Pandan Indah di sini telah dirosakkan individu tidak dikenali pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada kira-kira jam 2 petang, mangsa seorang wanita berumur 21 tahun telah meletakkan kereta jenis Perodua Myvi berkenaan di tepi jalan berhadapan pejabatnya.
"Ketika mangsa hendak pulang kira-kira jam 6.50 petang, wanita berkenaan mendapati kereta miliknya telah dicalarkan selain cermin sisi kiri dan kanan patah.
"Selain itu mangsa turut mendapati pengelap cermin keretanya patah selain ekzos bengkok dan kenderaannya itu turut dilitupi dengan span tilam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa tidak mempunyai masalah dengan mana-mana individu.
"Polis telah mengesan satu video yang dirakam penduduk sekitar yang menunjukkan seorang wanita berbaju merah telah merosakkan kereta mangsa.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ejen hartanah
#Mohamad Farouk Eshak
#kereta
#dirosakkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan