awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta milik pertubuhan NGO dibakar di Melaka

Bernama
Bernama
19/11/2013
12:49 MYT
Kereta milik pertubuhan NGO dibakar di Melaka
Sebuah kereta milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dunia Melayu Dunia Islam yang diletakkan di garaj Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Jalan Hang Tuah dibakar pada kira-kira 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kereta tersebut rosak di bahagian hadapan dan tangki minyak akibat dibakar menggunakan petrol manakala siasatan mendapati terdapat sekeping kertas ditulis ugutan diletakkan di cermin depan kereta di sebelah kereta yang dibakar itu. Beliau berkata insiden kebakaran itu disedari seorang tukang sapu di bangunan tersebut sebelum memaklumkan pada pengawal bangunan UTC yang kemudiannya bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran. "Hasil pemeriksaan awal mendapati satu daripada tiga kereta yang diparkir di garaj letak kereta di bangunan itu disimbah minyak petrol sebelum dibakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata tindakan pantas pengawal tersebut berjaya mengelak kereta yang terbakar itu daripada meletup dan menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk. Chuah berkata pemeriksaan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian mendapati imej seorang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan tersebut kira-kira jam 10.45 malam sebelum kereta terbabit terbakar.
Motif dan punca kejadian masih disiasat, katanya.
Topic Berkaitan
#dibakar
#Dunia Melayu Dunia Islam
#kereta
#NGO Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan