Sebuah kereta perisai tentera terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, di Jalan Lingkaran Tengah di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang itu, ketika kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun bersama tiga orang penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sikamat menuju ke Nilai.
"Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta perisai jenis Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari lorong kiri telah terlanggar bahagian belakang kereta wanita itu menyebabkan kereta itu berpusing dan terbabas ke kanan bahu jalan.
"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Katanya difahamkan, kereta perisai tersebut sedang dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, menuju ke Port Dickson bagi menghadiri Perbarisan Kor Armor Diraja bersama lima buah lagi kereta perisai tentera yang diiringi sebuah jip tentera.
Katanya kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Video kemalangan kereta perisai tentera dengan sebuah kereta yang tular di media sosial. - Gambar Instagram abufirzanfadzil
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kereta perisai tentera kemalangan dengan sebuah kereta
Sebuah kereta perisai tentera terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, di Jalan Lingkaran Tengah di sini, Sabtu lepas.